Kira-kira 300 nelayan di Pantai Puteri, Melaka merayu kerajaan menyegerakan projek pembinaan benteng pemecah ombak bagi menghalang hakisan terus berlaku di pantai berkenaan.
Ia berpunca ombak besar dan ribut yang membadai setiap tahun menyebabkan nelayan alami kerugian puluhan ribu ringgit kerana peralatan termasuk bot mereka rosak teruk.
Malah pondok dan balai meletak bot turut musnah akibat bencana alam itu.